Kakitangan SESB Dikhawatiri Lemas Akibat Arus Deras di Keningau

SESB staff hanyut 160925 b

KENINGAU, 16 September 2025 – Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan yang dilanda banjir di Kampung Nuntunan, Apin-apin pada hari Isnin, 15 September 2025.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9:37 malam itu mengundang kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.

Mangsa, yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an, dilaporkan bersama dua rakan sekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan di sebuah pencawang elektrik berdekatan jambatan gantung tersebut. Kerja-kerja tersebut dipercayai berpunca dari gangguan bekalan elektrik yang melanda kampung tersebut. Ketiga-tiga kakitangan SESB ini dipercayai cuba menyeberangi jambatan ketika kejadian banjir berlaku.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9:57 malam. Sejurus menerima laporan, satu pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam insiden tersebut, manakala seorang lagi masih gagal ditemui,” ujar Encik Severinus. Beliau turut menambah bahawa operasi pencarian pada awalnya tertumpu di tebing sungai memandangkan keadaan arus yang sangat deras menyukarkan usaha pencarian di tengah sungai.

Kejadian ini menyaksikan bahaya yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan seperti kakitangan SESB yang seringkali berhadapan dengan cabaran getir demi memastikan kelancaran bekalan elektrik kepada masyarakat.

Menurut maklumat yang diterima pada jam 10:45 hari ini, mangsa belum ditemui. Namun usaha pencarian mangsa masih diteruskan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu pihak SESB turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam operasi SAR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal