Kajian segera kesesakan trafik dan pelan bangunan baharu QEH – Dr Joachim

Red Dark Gradient Sport Boxing Facebook Post

KOTA KINABALU: 7 April 2026 – Kajian trafik lalulintas dan pembinaan bangunan baharu dengan kapasiti 400 katil menjadi fokus kerajaan negeri dalam menangani kesesakan lalulintas dan meningkatkan kemudahan kesihatan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Kerajaan negeri mempercepatkan kajian kesesakan lalu lintas di HQE I dengan tempoh pelaksanaan selama sebulan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab menjalankan kajian terperinci terhadap aliran trafik di kawasan hospital berkata, HQE I dikenal pasti sebagai antara fasiliti perubatan paling sibuk di negeri ini.

Menurutnya, antara cadangan termasuklah membina jalan dengan reka bentuk baharu dan pelaksanaan sistem sehala. Namun katanya, pembangunan sedia ada dan pelan trafik yang lapuk menyukarkan penyelesaian.

Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata penyelarasan antara JKR, Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri penting, selain memerlukan kelulusan peruntukan Persekutuan.

Joachim menjelaskan bahawa QEH I yang menjadi pusat rujukan utama untuk Sabah, Labuan dan sebahagian Sarawak, akan turut dibangunkan iaitu sebuah bangunan baharu berkapasiti 400 katil.

Kemudahan itu akan menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar, kecemasan, kepakaran dan pembedahan.

Dr Joachim berkata, projek berkenaan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal