KOTA KINABALU:12 Disember 2025 — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan struktur kadar kompaun baharu bagi saman trafik bermula 1 Januari 2026, dengan makluman kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan boleh mengakibatkan tindakan mahkamah serta penyenaraian hitam urusan pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, berkata orang ramai digalakkan memanfaatkan diskaun 70 peratus yang ditawarkan sehingga 30 Disember 2025 bagi menyelesaikan saman tertunggak sebelum kadar baharu dikuatkuasakan.
Menurut beliau, bermula tahun 2026, pembayaran kompaun akan dilaksanakan secara berperingkat, di mana pesalah trafik layak menerima potongan 50 peratus sekiranya saman dijelaskan dalam tempoh 15 hari pertama dari tarikh saman dikeluarkan.
Tambahnya, bayaran penuh akan dikenakan bagi saman yang tidak dijelaskan selepas 30 hari, tanpa sebarang pengurangan atau diskaun.
PDRM turut memaklumkan bahawa tempoh peralihan atau amnesty period akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memberi peluang kepada pesalah trafik menyelesaikan tunggakan sebelum tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil.
Sumber: Kenyataan Media
