Juruterbang mengaku dijanjikan RM50,000 seludup dadah ke Jakarta

2EF45B1D 0A10 42D3 8A49 A44B9B28E59D

JAKARTA: 5 August 2026 — Seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia mengaku dijanjikan bayaran RM50,000 untuk menyeludup lebih 70,000 pil ekstasi ke Jakarta.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Pemeriksaan bagasi menemukan 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 26 kilogram bersama 2.7 gram methamphetamine.

Siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor.

Polis Malaysia kini giat mengesan sumber bekalan, dalang dan rangkaian pengedaran yang terlibat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu kebenaran Polis Republik Indonesia menghantar pegawai ke Jakarta untuk menemu bual suspek.

Ujian air kencing suspek didapati positif methamphetamine, MDMA dan kokain.

Kes disiasat mengikut undang-undang narkotik Indonesia yang memperuntukkan hukuman berat, termasuk hukuman mati.

Sumber: Public Health Malaysia, Portal Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal