Jumlah meningkat 3,685 Mangsa Banjir di Tiga Daerah Utara Sabah

photo 2026 02 21 14 17 52

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu, Pitas dan Paitan meningkat kepada 3,685 orang menurut rekod terkini jam 8 pagi, hari ini.

Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah melaporkan, daerah Kota Marudu mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,978 orang dari 925 keluarga.

Daripada jumlah itu, 844 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau yang baharu dibuka menempatkan 250 mangsa. Dua lagi PPS sedia ada iaitu SMK Tandek dan SMK Tandek II masing-masing menempatkan 594 dan 290 mangsa.

Di Pitas, jumlah mangsa kekal 1,515 orang dari 593 keluarga. Mereka ditempatkan di lapan PPS termasuk Dewan Majlis Daerah Pitas yang menempatkan 573 mangsa, diikuti SK Pekan II (303), SK Dandun (155), SK Salimpodon Darat (145), Dewan Kusilad (129), SK Rukom Ulu (78), Dewan Kebatasan (63) dan Dewan Kampung Senaja (22).

Sementara itu, Paitan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 192 mangsa dari 72 keluarga berbanding 80 orang pada waktu subuh. Mangsa ditempatkan di enam PPS iaitu Dewan Binsulung (62), Rumah Pengerusi JKKK Kampung Cocos (36), Masjid Kaindangan (5), Dewan Kampung Sungai-Sungai (26), Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason (52) dan SMK Pamol (11).

Sumber: Info X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal