Joniston temui pengundi di tamu Tamparuli dalam sesi walkabout
Mohd Syukrie Johary
TAMPARULI: “Sesi walkabout di pasar tamu di Tamparuli pada Rabu memberikan saya peluang bersemuka dengan penduduk supaya saya lebih memahami masalah harian mereka,” kata Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tuaran, Datuk Joniston Bangkuai.
Dalam sesi bertemu dengan para peniaga dan penduduk di Tamparuli itu, Joniston bersalaman dan bertanya khabar kepada orang ramai dan peniaga di sana sambil berkempen menggalakkan mereka untuk mengundinya.
Orang ramai juga dilihat mengambil peluang bersalaman dan bersembang dengan Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dan menjawat Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
“Sesi ini memberi saya peluang bersemuka dengan masyarakat untuk lebih memahami masalah harian mereka. Saya akan memperjuangkan nasib mereka dan melaksanakan aspirasi mereka,” katanya selepas program itu.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat di daerah ini akan memberinya peluang menjadi wakil rakyat mereka.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Joniston dicabar oleh penyandang kerusi Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang mempertahankan kedudukannya atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Turut bertanding pertandingan enam penjuru di kawasan sini ialah calon WARISAN Joanna Sue Henley Rampas; calon Parti Pejuang Tanah Air Muminin Kalingkong @ Norbinsha serta dua calon Bebas, Bobby Lewat dan Datuk Noortaip Suhaili.
Bercakap mengenai peluang menang dan meraih undi daripada generasi muda, Joniston berkata pengundi Tuaran mahukan perubahan.
“Saya mewakili parti gabungan tempatan GRS faham mengenai cabaran yang perlu dilalui. Mengenai pengundi muda, saya faham pendirian mereka dan seperti kebanyakan pengundi lain, mereka juga mahukan kemajuan,” katanya.
Dalam perjumpaan dengan penyokong GRS di Kampung Sawah di sini, petang ini, Joniston berkata, rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai hala tuju jelas, selain ingin melihat anak muda berjaya dan saya sentiasa mengalakkan pembabitan mereka di peringkat komuniti.
– Tv Sabah News
0 Comments