KOTA KINABALU: 29 April 2026 – Joel Jermyn dari Kota Kinabalu muncul juara Mr Poseidon Gaman Sabah 2026 yang berlangsung meriah di Poseidon Waterfront, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000 bersama mahkota, trofi dan selempang.
Tempat kedua menjadi milik Junior Daniel dari Penampang yang menerima RM1,500, manakala Sabahuddin dari Kota Kinabalu di tempat ketiga dengan hadiah RM1,000.
Malam kemuncak bertemakan “Toga: The Greek God” itu menampilkan persembahan pentas bertenaga selain kehadiran artis jemputan Velvet Aduk yang memukau penonton.
Sementara itu, beberapa gelaran sampingan turut diumumkan iaitu Christopher (Prince Charming), Idham (Mr Favourite), Alvin (Mr Prestige Ambassador), Zek (Best Costume) dan Kelnny (Mr Popular), masing-masing menerima wang tunai RM200 berserta trofi dan selempang.
Acara dikendalikan oleh pengacara Mazrey dengan barisan juri diketuai Marc Abas selaku Ketua Juri, dibantu Allen James serta panel juri lain iaitu Dorothy Morgan, Jovita Claire Joseph dan Marc Mogindol.
Penganjuran edisi tahun ini terus memperkukuh platform Gaman Sabah sebagai pentas moden yang menonjolkan keyakinan, kreativiti dan personaliti generasi baharu duta lelaki Sabah.
