Hujan berterusan hingga 27 November, NADMA tingkat kesiapsiagaan

IMG 4380

Oleh: Nurul.N

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah meningkatkan kesiapsiagaan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pada Selasa.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 2 petang, 24 November itu melibatkan tujuh daerah di Kelantan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Terengganu sehingga 27 November ini.

Menerusi Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana, NADMA meminta jawatankuasa berkaitan mengaktifkan operasi masing-masing, terutama di kawasan berisiko tinggi untuk menghadapi kemungkinan bencana.

Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu dipastikan dilengkapi keperluan asas. Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) perlu mempunyai aset pengoperasian mencukupi, berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

NADMA menerusi Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau situasi dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal. Pihaknya juga bersedia menerima maklumat berkaitan bencana dan keperluan bantuan operasi.

Orang ramai khususnya di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal