Hilang di Kemboja, keluarga rayu bantuan kesan Allen

6b0504ae a9a2 41e5 937a fbf10fdfbb7a

KOTA KINABALU: 18 Julai 2026 – Keluarga seorang lelaki Sabah, Allen Scoot Willfraid, 26, merayu bantuan orang ramai untuk membantu mengesan keberadaannya selepas dipercayai hilang di Kemboja sejak terputus hubungan lebih sebulan lalu.

Menurut kenyataan keluarganya, Allen berlepas ke Kemboja atas urusan pekerjaan sejak tahun lalu dan kali terakhir dihubungi pada 10 Jun 2026.

Keluarga memaklumkan laporan polis berhubung kehilangannya telah dibuat pada 20 Jun 2026, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang perkembangan mengenai keberadaannya.

Berdasarkan rekod aplikasi Find My iPhone, lokasi terakhir Allen dikesan di kawasan Phsar Kandal, Poipet, Kemboja.

Menurut keluarga, Allen dipercayai ke Kemboja bersama seorang rakannya dengan mengikuti seorang ejen untuk mendapatkan pekerjaan.

Mereka turut menjelaskan gambar yang dikongsikan kepada umum memaparkan Allen bersama rakannya, dengan Allen merupakan individu yang memakai baju hitam, manakala rakannya berbaju putih.

Sehubungan itu, keluarga merayu kerjasama pihak berkuasa, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai agar membantu menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu mengesan Allen.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Allen atau pernah berhubung dengannya sejak 10 Jun lalu diminta menghubungi keluarga di talian 014-781 9639 atau 011-2883 9042, atau menghantar mesej peribadi (PM).

Keluarga berharap Allen dapat ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih atas segala bantuan, doa dan sokongan yang diberikan oleh orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal