Hari Malaysia, pemimpin Sabah gesa MA63 ditunaikan sepenuhnya

WhatsApp Image 2026 09 16 at 10.31.31 PM

oleh David E

KENINGAU: 16 September 2025 – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau Tahun 2026 di Batu Sumpah di sini menjadi platform penyatuan rakyat dan mengingatkan pemegang taruh mengenai tanggungjawab menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

WhatsApp Image 2026 09 16 at 11.35.18 PM

Beliau berkata, perhimpunan itu menandakan genap 63 tahun penubuhan Malaysia dan bukan medan politik agama.

“Kita berkumpul di Batu Sumpah Keningau untuk memperingati penubuhan Malaysia dan melihat sejauh mana perjanjian yang dipersetujui 63 tahun lalu dilaksanakan,” katanya pada sidang media.

Jeffrey berkata, keunikan sambutan tahun ini ialah usia 63 tahun Malaysia, sekali gus menjadi ruang penyatuan semua pihak. Batu Sumpah, katanya, mempunyai signifikan besar kerana tanpa Batu Sumpah, tidak ada Malaysia.

“Masyarakat adat di pedalaman hanya akan bersetuju dengan penubuhan Malaysia sekiranya kepentingan mereka diambil kira,” katanya.

Tiga isu termaktub di Batu Sumpah ialah kebebasan agama, kuasa tanah dan adat tradisi yang perlu dihormati dan dipelihara. Beliau menegaskan perkara itu sebahagian daripada Perjanjian Malaysia dan syarat melindungi Malaysia.

Dalam ucapannya, Dr Jeffrey menyeru Kerajaan Persekutuan menghormati semangat dan maksud sebenar pembentukan Malaysia. Perkara tertangguh perlu diselesaikan dengan jadual, institusi bertanggungjawab dan hasil boleh diukur. Ungkapan “masih dalam perbincangan” tidak boleh menjadi jawapan selama-lamanya.

Kepada Kerajaan Sabah, beliau menggesa hak negeri dipertahankan secara tegas, tersusun dan sebulat suara. Hak Sabah tidak boleh menjadi milik mana-mana parti. Kerajaan dan pembangkang mesti bersatu ketika melibatkan kepentingan asas Sabah.

Kepada rakyat Sabah, Dr Jeffrey mengajak mereka mempelajari sejarah. Pemahaman MA63 tidak boleh diserahkan kepada ahli politik sahaja. Rakyat perlu membaca, memahami dan mengajarkannya kepada anak-anak. Rakyat yang memahami sejarah tidak mudah dipisahkan, dipermainkan atau dilupakan.

Kepada generasi muda, beliau berkata Batu Sumpah bukan kisah orang lama. Masa depan mereka dipertaruhkan. Tanah, pendidikan, pekerjaan, hasil negeri, kuasa memutuskan dan kelangsungan adat semuanya berkait dengan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

“Menyoal bukan pengkhianatan. Menuntut pelaksanaan perjanjian bukan ancaman. Itulah tanggungjawab kita kepada generasi yang akan datang,” katanya.

Christine Jeffrey dan Shafie

Sementara itu, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia ialah hari kemerdekaan rakyat Sabah dan Sarawak. Perayaan itu perlu dihayati, bukan sekadar diraikan, kerana pengisiannya menentukan kesejahteraan rakyat.

“Sejarah banyak mengajar kita, tetapi umat tidak belajar. Penting setiap perayaan melihat keadaan rakyat dari segi kesihatan, pendidikan, kemudahan asas dan kehidupan seharian,” katanya.

Shafie berkata, sejak 2021, 17 perkara dipersetujui, namun itu sebahagian sahaja tuntutan lebih luas. Antaranya, pengurusan gas, elektrik dan minyak diserahkan kepada Sabah seperti Sarawak. Perbezaan interim membabitkan 40 peratus, 112C dan 112D perlu difahami.

Beliau menegaskan tuntutan itu bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi generasi akan datang. Pelaksanaan dan realisasi janji perlu ditunaikan sebaik mungkin.

Dr Jeffrey mengakhiri sidang media dengan mengajak rakyat bersatu padu dan menuntut hak bersama pemimpin.

WhatsApp Image 2026 09 16 at 10.31.31 PM 2

Sambutan Ketibaan

WhatsApp Image 2026 09 16 at 11.17.44 PM

Gambar bersama hadirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal