Gaji minimum naik RM2,000 mulai Jun 2027

1cf259b8 8bb0 4d6b a497 7b8e0fd38434

KUALA LUMPUR: 10 Oktober 2026 – Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum negara dari RM1,700 menjadi RM2,000 sebulan, berkuat kuasa sepenuhnya mulai Jun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat kelmarin menjelaskan bahawa langkah itu diambil untuk merapatkan jurang antara produktiviti dengan upah pekerja yang masih belum seimbang.

Beliau menegaskan beban kos sara hidup yang membelenggu rakyat timbul kerana pendapatan pekerja tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan.

“Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum,” tegas beliau. Kadar baharu itu ialah RM2,000 sebulan, berbanding RM1,700 sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mencatatkan hasil jualan di bawah RM50 juta setahun akan dikecualikan dari penguatkuasaan ini.

Pengecualian itu bertujuan memberikan ruang dan masa mencukupi untuk pengusaha terbabit melakukan penyesuaian terhadap model perniagaan mereka.

Beliau menambah, pelaksanaan kadar baharu itu dijangka memberi impak kebajikan secara langsung terhadap lebih empat juta pekerja di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal