SHAH ALAM, 22 Ogos 2026 — Emmanuel Loh Yung Ming menghadiahkan emas buat Kontinjen Sabah selepas menjuarai acara 50 meter kuak dada lelaki pada SUKMA XXII Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Perenang berusia 17 tahun itu mencatat 29.24 saat pada saingan akhir yang membabitkan lapan perenang.
Emmanuel dibimbing Ketua Jurulatih Renang Sabah, Tie Mee Kiong.
Kemenangan itu melengkapkan koleksi tiga pingat perenang itu selepas sebelum ini meraih gangsa dalam acara 100 meter kuak dada lelaki dan 4×100 meter rampaian campuran.
Setakat 11.20 malam kelmarin, Sabah mengumpul 20 emas, 17 perak dan 20 gangsa untuk berada di kedudukan kelapan keseluruhan.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah

