SERDANG: 18 Ogos 2026 — Earl Isaac Mitzler Fredolin menghadiahkan emas pertama untuk Sabah pada SUKMA XXII Selangor 2026 selepas muncul juara acara lontar peluru lelaki di Stadium UPM, hari ini.
Atlet bimbingan jurulatih Suhaimin Kinsoi itu mencatat 15.11 meter untuk muncul juara. Jonez Puang Yi Jun meraih perak dengan catatan 14.94 meter, manakala tempat ketiga mencatat 13.94 meter.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah

