Dua Penjawat Awam Terbabit Pecah Amanah RM303,000 Ditahan SPRM

Gambar SPRM

LAHAD DATU: 4 September 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu di Lahad Datu, masing-masing seorang penjawat awam dan seorang pesara kerajaan, kerana disyaki terbabit dalam kes pecah amanah berjumlah lebih RM303,000.

Penahanan dibuat tengah hari semalam ketika kedua-dua suspek hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM cawangan Lahad Datu.

Siasatan awal mendapati mereka dipercayai bersubahat menyeleweng lapan set baucar bayaran yang kononnya untuk buruh asing, namun wang tersebut tidak pernah disalurkan kepada penerima sebenar.

Jumlah keseluruhan penyelewengan dianggarkan mencecah RM303,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

SPRM Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terpelihara dan penyalahgunaan kuasa dapat dibanteras hingga ke akar umbi.

Sumber: Malaysia Press

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal