Dua lelaki positif syabu ditahan

photo 2026 01 23 11 28 26

SANDAKAN: 21 Januari 2026 — Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada jam 10.00 pagi di kawasan Batu 3, Sandakan, kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat BSJND untuk ujian saringan awal air kencing, dan keputusan ujian menunjukkan mereka positif Meth/Amp (syabu).

photo 2026 01 23 11 28 30

Beliau berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan Kampung Cahaya Baru, Batu 3, manakala suspek kedua ditahan di kawasan tepi Jalan Utara, Batu 3.

Kedua-dua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan disiasat lanjut.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal