Buaya 12 kaki 10 inci ditembak mati di Kunak

photo 2026 08 12 20 27 04

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUNAK: 12 Ogos 2026 – Seekor buaya gergasi berukuran 12 kaki 10 inci ditembak mati Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kunak di pesisir pantai Kampung Hampilan Pangi, Kunak, hari ini.

photo 2026 08 12 20 27 16

Tindakan itu dilakukan ketika operasi pemantauan susulan pancing buaya yang dipasang Jabatan Hidupan Liar (JHL) di kawasan Darvel Lagoon dilaporkan telah dimakan reptilia berkenaan.

Bangkai buaya kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Daerah Tawau untuk tindakan dan prosedur selanjutnya.

APM Kunak turut menasihatkan penduduk di sekitar pesisir pantai Kunak supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap kehadiran haiwan liar berbahaya.

Sebarang penampakan haiwan liar yang boleh mengancam keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.

Sumber: APM Kunak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal