Bantuan Khas Kewangan RM1,000 untuk Penjawat Awam Sabah

KOTA KINABALU: 26 Mac 2025 – Kerajaan Negeri Sabah meluluskan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Bantuan ini melibatkan pembayaran RM500 untuk setiap perayaan dan bertujuan untuk mensejahterakan serta menghargai sumbangan penjawat awam. Menurut Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan pembayaran akan dibuat menjelang perayaan.

Kerajaan berharap bantuan ini akan meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal