SANDAKAN: 8 Disember 2025 – Seorang lelaki warganegara Malaysia berjaya ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (SJND) semasa operasi sekitar jam 6:45, di tepi Jalan Letat Jaya, berdekatan longkang besar, selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu.
Sebelum itu, pada jam 5 petang hari yang sama, seorang lelaki bukan warganegara turut ditahan oleh pasukan BSJD IPD Sandakan atas kesalahan jenayah lain dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah untuk tujuan ujian saringan awal air kencing.
Kedua-dua suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk pemeriksaan, dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine (syabu).
Kedua-duanya kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.
Operasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, dalam memastikan pembanterasan jenayah berkaitan dadah di daerah ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.
Sumber: Polis Daerah Sandakan
