Adam Shamil wakili Borneo di TikTok Awards Southeast Asia 2026

13be4d17 97de 4332 91cb 23cb546e2ee2

Oleh: Roodwill

KOTA KINABALU: 17 Oktober 2026 – Pempengaruh media sosial Adam Shamil, 27, sah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga calon terakhir dalam kategori utama Creator of the Year di TikTok Awards Southeast Asia 2026, sekali gus menjadi satu-satunya wakil Borneo dalam kategori paling berprestij itu.

Anak kelahiran Penampang, Sabah, yang terkenal dengan loghat Sabah pekat dan gelagat lucu itu akan bersaing dengan dua nama besar tanah air, iaitu ikon masakan Khairul Aming dan pakar kesan visual (VFX) Sofyank, manakala nama-nama besar dari Semenanjung mendominasi senarai calon.

Menerusi media sosialnya, Adam berkata pemilihan itu bukan sekadar tentang menang trofi untuk diri sendiri, sebaliknya membawa nama Sabah, Sarawak dan seluruh Borneo ke pentas lebih besar.

“Sebagai anak Borneo, saya tidak pernah bayangkan satu hari nanti saya boleh berdiri sebaris dengan pencipta kandungan besar negara dalam kategori sebesar ini,” katanya.

“Kita di Sabah dan Sarawak kadang-kadang rasa jauh dari peluang publisiti nasional. Tetapi saya percaya, dari mana kita berasal tidak sepatutnya menghadkan sejauh mana kita boleh pergi.”

“Kemenangan ini bukan untuk saya seorang. Kalau saya menang, bermakna Sabah menang, Sarawak menang, dan seluruh Borneo menang!”

Sejak undian dibuka pada 12 Oktober lalu, sokongan orang ramai terhadap Adam terus melonjak, dengan warga Sabah dan Sarawak dilihat bersatu hati membantu anak jati Borneo itu.

Setakat ini, gelombang sokongan tersebut terbukti apabila Adam mendahului carta dengan lebih 912,000 undian, jauh meninggalkan pesaing terdekatnya Khairul Aming yang mengumpul 373,000 undian, manakala Sofyank di tempat ketiga dengan 49,000 undian.

Undian masih dibuka sehingga 26 Oktober 2026.

  • TV Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal