SANDAKAN: 12 Oktober 2025 — Dua lelaki warga asing ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Kampung Kombo, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah pada Ahad.
Operasi berkenaan dijalankan sekitar jam 4.00 petang oleh pasukan BSJND IPD Sandakan yang membawa kepada penahanan kedua-dua suspek kerana memiliki dadah jenis Syabu.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Selepas tangkapan, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat Narkotik IPD Sandakan bagi menjalani ujian saringan awal air kencing.
Hasil ujian mendapati kedua-duanya positif dadah dan seterusnya ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman menegaskan bahawa pelaksanaan operasi tersebut adalah selaras dengan komitmen pihak polis untuk membanteras jenayah dadah di daerah itu.
Sumber: Polis Daerah Sandakan