Rampasan Besar Makanan Sejuk Beku Tidak Sah di Kota Marudu

Gambar Sejuk Beku Kota Marudu

KOTA MARUDU: 18 September 2025 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas hampir 3,000 kotak makanan sejuk beku dalam satu operasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sebuah premis di daerah Kota Marudu.

Serbuan sekitar jam 10 pagi itu berjaya menemui 2,971 kotak makanan sejuk beku pelbagai jenama, dipercayai diimport dari negara yang tidak diiktiraf, dengan nilai rampasan dianggarkan RM656,197.

Seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemilikan dan penyimpanan makanan berkenaan.

Menurut kenyataan PPM Wilayah 4, premis terbabit dikesan tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Makanan 1983 serta Enakmen Haiwan 2015, termasuk aspek keselamatan penyimpanan makanan sejuk beku.

Kes kini disiasat di bawah kedua-dua undang-undang tersebut.

PPM dalam kenyataannya menegaskan pihaknya akan terus memperketatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pelanggaran peraturan makanan, selain mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal