Aktivis Konservatif Charlie Kirk Maut Dipercayai Ditembak “Sniper” Ketika Berucap di Universiti Utah

Gambar Charlie Kirk

OREM, UTAH: 11 September 2025 – Charlie Kirk, aktivis konservatif dan pengasas organisasi belia Turning Point USA, maut selepas ditembak ketika menyampaikan ucapan di sebuah acara di Utah Valley University pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, tembakan dilepaskan dari sebuah bumbung sebuah bangunan berhampiran kampus semasa Kirk berada di pentas dalam program jelajah “American Comeback Tour”.

Sebuah rakaman video viral menyaksikan seorang merangkak perlahan-lahan di atas bumbung bangunan dan menghilangkan diri selepas kejadian.

Insiden itu menyebabkan suasana panik di dewan sebelum pasukan keselamatan mengawal keadaan.

Kirk, 31, terkenal sebagai antara penyokong setia bekas Presiden Donald Trump dan sering muncul dalam program politik Republikan.

Beliau turut dikenali dengan retorik lantang menentang gerakan feminisme moden yang digambarkannya sebagai faktor merosakkan institusi keluarga tradisional Amerika.

Pandangan tersebut menjadikan beliau antara tokoh konservatif paling kontroversi dalam kalangan generasi muda.

Terlebih dahulu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan seorang suspek dikenal pasti sebagai “person of interest” namun dalam kes ini.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum mendedahkan motif serangan, sementara itu terdapat sumber berita lain mengatakan ia bermotif politik.

Kematian Kirk mengundang reaksi meluas dalam kalangan tokoh politik konservatif.

Trump menyifatkan insiden itu sebagai satu tragedi besar buat gerakan Republikan, manakala rakan-rakan seperjuangan Kirk menggambarkan beliau sebagai suara penting dalam menggerakkan generasi muda menyokong agenda konservatif.

Insiden ini menambah kebimbangan terhadap peningkatan ancaman keganasan politik di Amerika Syarikat, terutama menjelang musim pilihan raya presiden 2026 yang semakin hampir.

Sumber: AP News dan Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal