PENAMPANG – Daerah Penampang sekali lagi dilanda banjir selepas Sungai Moyog melimpah ke kawasan tadahan, menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh seminggu.

Antara kampung paling terjejas ialah Kg Penampang, Dabak, Dungkahang, Tanaki, Nampasan, Tuavon, Kivatu dan Kolopis. Beberapa kawasan lain termasuk Kipouvo, Madsiang Babagon dan hulu Moyog pula terputus hubungan akibat tanah runtuh yang menutup akses jalan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing.
(Kredit rakaman dron: Philip Chin)