Seramai 78,883 Calon Ditawar Tempat di Universiti Awam

KUALA LUMPUR: 5 September 2025 – Seramai 78,883 calon daripada 109,866 pemohon layak ditawarkan tempat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, berkata tawaran berkenaan melibatkan lepasan Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan setaraf, dengan pilihan daripada 1,132 program pengajian yang ditawarkan di seluruh negara.

Keputusan berkenaan boleh disemak mulai 5 September 2025 melalui portal rasmi UPUOnline dan aplikasi mudah alih UPUPocket 2.0. Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan, manakala mereka yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan mulai 5 hingga 14 September 2025.

Menurut Zambry, pemilihan calon dibuat secara telus berdasarkan prinsip meritokrasi, dengan mengambil kira pencapaian akademik, kokurikulum dan latar belakang sosioekonomi.

Zambry juga menegaskan, KPT komited memastikan pelajar yang terpilih mendapat bimbingan, sokongan dan bantuan sewajarnya sepanjang pengajian, selaras dengan usaha melahirkan modal insan berdaya saing untuk negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal