KOTA KINABALU: 25 Ogos 2025 – Pasukan tarik tali Gerambeat Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai dua kategori utama dalam Kejohanan Tarik Tali Malaysia Cup Indoor 2025 yang berlangsung persaingan sengit.
Kemenangan berganda itu diraih menerusi kategori Senior Men 600kg dan Senior Women 500kg, sekaligus melayakkan pasukan tersebut mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand, yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 20 Disember ini.

Para pemain Gerambeat Sabah menunjukkan tahap kehebatan, disiplin, dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.
Prestasi konsisten mereka dalam setiap perlawanan membolehkan pasukan mengungguli saingan di kedua-dua kategori utama.

Kejayaan ini turut disambut dengan penuh bangga oleh rakyat Sabah, yang melihat pencapaian Gerambeat Sabah sebagai bukti kekuatan dan komitmen atlet negeri dalam mengharumkan nama Malaysia di peringkat kebangsaan. Dengan pencapaian ini, para pemain Gerambeat Sabah kini berada di landasan tepat untuk mengukir nama di pentas Sukan SEA 2025, dengan harapan mampu membawa pulang pingat emas untuk Malaysia