Polis Sandakan Tumpaskan Aktiviti Pengedaran Dadah, Tiga Suspek Ditahan

SANDAKAN: 23 Ogos 2025 – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita dalam satu operasi khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di beberapa lokasi sekitar daerah ini.

Operasi yang bermula sekitar jam 5 petang itu dijalankan di kawasan Kampung Sundang Darat, Jalan Batu Sapi dan Kampung Sulaiman Batu 8.

Hasil serbuan, polis menahan dua individu yang dipercayai pengedar serta memiliki dadah jenis syabu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi sama, seorang lelaki lain turut ditahan atas kesalahan mencuri dan dibawa ke pejabat BSJND untuk pemeriksaan lanjut.

Saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Kesemua suspek direman di lokap IPD Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B. Abd Rakman, menegaskan bahawa kejayaan operasi ini mencerminkan kesungguhan pihak polis membanteras jenayah narkotik di daerah berkenaan.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal