Kertas Siasatan Kes Zara Qairina Dirujuk Semula ke Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR: 17 Ogos 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung kes Zara Qairina akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 18 Ogos 2025 untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, CP Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu, tindakan ini dibuat selepas siasatan tambahan dijalankan oleh Pasukan Khas (Task Force) jabatan berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 195 orang saksi telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Saksi terdiri dari pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan, ibu bapa serta individu lain yang dianggap material kepada siasatan.

Siasatan polis kini memberi tumpuan kepada dua elemen penting iaitu, aspek inkues, dan aspek perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni. Polis memberi jaminan bahawa proses siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Sumber: Kenyataan Media PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal