Produk Kosmetik Seludup Bernilai RM65,484 Dirampas PPM Sandakan

Sandakan, 1 Julai 2025 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk produk kosmetik tidak berdaftar dalam satu operasi khas di kawasan Tanah Merah, Sandakan pada 1 Julai 2025.

Dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 1.45 pagi, pasukan PPM Sandakan merampas sebanyak 3,466 botol produk kosmetik pelbagai jenis yang disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan mencecah RM65,484.00.

Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang memperuntukkan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang memiliki atau mengedarkan produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PPM Wilayah 4 Sabah turut menegaskan komitmen mereka untuk terus mempergiatkan operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan di perairan dan kawasan pesisir negeri itu demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan berterusan.

Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal