Pope Leo XIV
VATICAN CITY: Pemilihan Pope Leo XIV merupakan satu kemenangan selepas kematian bagi pendahulunya, Pope Francis. Paus kelahiran Chicago itu dijangka akan mengikuti jejak langkah beliau dalam banyak isu, kata seorang pakar kepada AFP pada hari Khamis.
Francois Mabille, seorang penyelidik di badan pemikir IRIS yang berpangkalan di Paris, dan penulis buku mengenai strategi Vatican berkata, Leo mungkin akan bersuara dengan cara yang lebih berhati-hati berbanding Francis.
Menurut kenyataan penyokongnya, beliau telah menghabiskan lebih 20 tahun kerjayanya di Peru, dan memberi tumupuan kepada nasib golongan miskin. Beliau juga menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Dataran St Peter dalam bahasa Sepanyol.
“Beliau adalah calon konsensus yang sederhana, sesuai dengan kesinambungan yang lembut, satu kesinambungan yang lembut dengan Pope Francis, yang tidak akan mengasingkan golongan konservatif. Sekurang-kurangnya, beliau belum mengasingkan mereka,” kata Mabille.
Namun seorang calon yang berteraskan kesinambungan dan memberi tumpuan kepada nasib golongan miskin di Amerika Latin juga mungkin akan mengikuti jejak Francis dalam menjadi pencabar kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tambahnya.
“Agak sukar untuk tidak memikirkan pertentangan secara langsung yang wujud antara Trump dan Pope Francis,” kata Mabille kepada AFP selepas ucapan pertama Leo di Dataran St Peter.
Pemilihan Leo oleh 133 kardinal pengundi Gereja “menandakan penentangan terhadap kerajaan Amerika dan mengambil kira kriteria geopolitik,” kata Mabille.
“Kita tidak harus memandang rendah asal-usulnya dari Amerika Utara,” tambahnya.
“Ini adalah petunjuk bahawa penentangan terhadap Trump yang berlaku semasa pemerintahan Francis, dan yang sedang berlaku semula dengan kembalinya Trump, telah difahami dengan baik oleh para kardinal.
“Kita kini mempunyai seorang paus pendamai, seorang paus yang masih akan menegur globalisasi keterlaluan, dan seorang paus yang, sebagai rakyat Amerika, mungkin mempunyai pendekatan khusus terhadap mandat Trump.”
Dengan wujudnya beberapa penyokong Trump yang sudah mengecam Leo sebagai berhaluan kiri dalam talian, sesetengah golongan progresif AS mungkin tergoda untuk melihat beliau sebagai aktivis pembangkang.
Namun, Mabille meramalkan dengan gaya beliau yang lebih berhati-hati berbanding Francis, secara kenyataannya kadangkala mengejutkan rakan-rakan gereja kanan tertinggi.
“Ia adalah kejayaan selepas kematian untuk Pope Francis, dengan nada dan perwatakan yang sudah pasti berbeza dalam memainkan peranan pontif,” katanya.
“Saya tidak fikir kita akan menemui dalam dirinya kenyataan yang kadangkala memecahbelahkan seperti yang dibuat oleh Francis, atau kritikan yang sama lantang terhadap liberalisme.”