Monday, December 23, 2024

Bekalan minyak masak cukup di Tongod

Azdy (dua, kiri) ketika memantau pengedaran minyak masak paket bersubsidi di sekitar Penangah

TONGOD :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan memantau penghantaran 150 kotak minyak masak paket bersubsidi dan 50 bandel gula ke beberapa premis peruncit di sekitar Penangah, pada Sabtu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan Azdy John berkata, penghantaran itu dibuat di bawah Program Prihatin Keluarga Sandakan (PPKS).

“Melalui program ini, sebanyak 150 kotak minyak masak paket bersubsidi bersamaan dengan 2,250 kilogram dan 50 bandel gula ( 600 kilogram) berjaya diedarkan oleh Koperasi Pembangunan Desa di beberapa premis peruncit di sekitar Penangah.

“Pemantauan penghantaran bekalan minyak masak paket bersubsidi kepada 10 peruncit di sekitar Penangah yang mempunyai lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) yang masih dalam tempoh sah,” katanya ketika dihubungi media, kelmarin.

Azdy juga menjelaskan tiada pembelian panik di kalangan pengguna seperti berbaris panjang dan berebut-rebut semasa membeli minyak masak.

“Ini kerana pengguna sudah yakin bekalan minyak masak di Penangah masih ada. Peniaga memaklumkan kepada kami bahawa bekalan gula, minyak dan tepung (GMT) lebih cepat dijual kerana harga mengikut harga kawalan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, matlamat KPDNHEP dan PPKS telah tercapai. Para pengguna di Kampung Penangah telah menikmati manfaat subsidi daripada kerajaan.

KPDNHEP Cawangan Sandakan juga membantu peniaga di Kampung Penangah untuk memohon lesen CSA bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan GMT pada masa akan datang.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights