Tuesday, December 24, 2024

Waris dua kanak-kanak yang diabai dicari

Mohammad Irpan & Norain

SANDAKAN: Keluarga atau waris dua kanak-kanak yang dipercayai ditinggalkan dan diabaikan bersama keluarga pengadu diminta datang ke Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am, Bahagian Sandakan untuk urusan penjagaan.

Dua kanak-kanak yang tidak mempunyai kaitan di antara satu dengan lain itu kini ditempatkan di Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Sandakan.

Waris atau keluarga budak lelaki yang kini berusia 11 tahun 6 bulan bermana Mohammad Irpan Abdullah dan kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan (Norain) dicari untuk urusan penyerahan semula kepada keluarga mereka.

Pelindung Nurhafiza Abdul Rahman daripada Kebajikan Am memberitahu mereka menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kedua-dua kanak-kanak itu Mohammad lrpan Abdullah dan Norain yang merupakan mangsa pengabaian.

“Kami mencari keluarga kanak-kanak terbabit yang kami percaya merupakan mangsa pengabaian,” katanya.

Menurutnya, pengadu yang dikenali sebagai Arbadul Munung, 55, hadir menemui Pelindung memaklumkan beliau menjaga Mohammad Irpan sejak budak itu berumur 8 bulan. Dia diserahkan oleh ibu kandung dikenali sebagai Wilma Wilson pada tahun 2011 di rumah pengadu di Tanah Merah, Jalan Leila Sandakan.

Pengadu membuat laporan polis bertarikh 17 Oktober 2022, memaklumkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak tinggal di Sabah.

Sehubungan itu, Nurhafiza meminta waris agar tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini.

Waris kanak-kanak perempuan dikenali Norain yang kini 1 tahun 3 bulan juga dicari selepas pengadu bernama Samriati Samsul, memberitahu dia menjaga kanak-kanak itu ketika berumur 3 bulan daripada ibu kandung. Norain Norain dilahirkan pada 18 Julai 2022 dan kini berumur 1 tahun 3 bulan.

Katanya, satu laporan polis bertarikh 6 September 2022 yang dibuat oleh pengadu memberitahu menjaga Norain dan menerima kanak-kanak itu ketika berumur 3 bulan daripada ibu kandung bernama Marry Juning di Kampung Jawa 2, Batu 12 Sandakan pada 29 Oktober 2021.

“Ibu kandung dikatakan menyerahkan kanak-kanak kepada penjaga atas alasan mencari pekerjaan. Namun, ibu kandung kanak-kanak itu menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi,” katanya.

Sehubungan itu, Nurhafiza meminta waris agar tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, kes ini sedang diambil tindakan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Nurhafiza di Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan melalui talian 089-668494/667821.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights