KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,386 kertas pencalonan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh sejam proses penamaan calon berlangsung bermula 9 pagi, Sabtu.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 945 kertas penamaan bagi kerusi Parlimen, 434 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya.
“Sebanyak enam kertas penamaan telah ditolak iaitu empat di kerusi Parlimen dan dua di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Menurut Abdul Ghani calon paling ramai bertanding berusia antara 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 443, calon berusia lebih 60 tahun (352), calon berusia 40 hingga 49 tahun (350), calon berusia 30 hingga 39 (205) manakala calon berusia 21 hingga 29 seramai 36.
“Bilangan pertandingan mengikut penjuru yang paling banyak adalah empat penjuru membabitkan 82 kerusi Parlimen manakala kerusi DUN adalah tiga penjuru membabitkan 51 kerusi,” katanya.
Abdul Ghani berkata SPR telah menubuhkan sebanyak 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.
“Bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan,” katanya.
SPR juga berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
SPR menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
Pengundi Cina rasa terhina, kini pilih GRS di Penampang PENAMPANG: Pengundi Cina yang masih menyokong pihak pembangkang kini akan mengubah sokongan mereka kepada calon GRS […]
Dilema PRU15 parlimen masih tergantung KOTA KINABALU: Dalam masa beberapa ini, Malaysia mungkin tiada kerajaan. Parlimen digantung. Tiada mana-mana pakatan yang mempunyai angka mencukupi dapat […]
BERSATU yakin Abdul Rahman mampu rampas semula kerusi KB Mohd Syukrie Johary KOTA BELUD: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GRS memilih Datuk Abdul Rahman […]