Pertemuan kerja Hajiji dan Sabri

Share the news

Pertemuan kerja Hajiji dan Sabri

Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan perjumpaan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, di Sri Gaya di sini pada Ahad.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, di Sri Gaya di sini Ahad.

Perdana Menteri tiba di Sri Gaya kira-kira jam 3.15 petang, selepas menghadiri Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Sabah di Kimanis Commercial Centre, di Kimanis.

Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke Sabah pada Ahad sebelum meneruskan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan.

– Tv Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal