Enam suspek penyeludupan dadah guna aset tentera bakal didakwa

IMG 20261120 WA0011

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

SHAH ALAM: Enam individu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek melibatkan tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam yang ditahan dalam operasi bersepadu dari 17 hingga 19 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Hussein Omar Khan, berkata operasi bersama Cawangan Provost Marshal TUDM itu membawa kepada penahanan 13 individu, termasuk tujuh pegawai dan anggota TUDM.

“Daripada 13 individu yang ditahan, enam suspek akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Tujuh lagi akan dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.

Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap enam suspek itu selepas meneliti perkembangan siasatan kes.

JSJN menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu terlibat.

Sumber: JSJN (Polis Diraja Malaysia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal