KOTA KINABALU: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini sejak 22 Oktober hingga 9 November lalu.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua remaja terbabit berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Remaja pertama yang dilaporkan hilang ialah Lorna Palmani, 17, beralamat di Kampung Numbak, 1Borneo, Menggatal. Dia dilaporkan hilang sejak 22 Oktober.

Turut dilaporkan hilang ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal (hilang sejak 7 November); Nadyana Albaser, 16, dari Kampung Warisan Kalansanan, Inanam (8 November); dan Farha Nabila Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam (9 November).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan kesemua remaja itu diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menyeru orang ramai membantu menyebarkan maklumat ini untuk melancarkan usaha mengesan mereka.
