Bukan sekadar buku teks, 300 murid SMK Bandaraya belajar sambil bermain

49AC4777 46FF 4A06 993A 4D6DFB8AE3D3 5814BC0B 48A7 4FD0 8EB5 55F4AD575AC5

KOTA KINABALU: Suasana pembelajaran di SMK Bandaraya Kota Kinabalu bertukar ceria pada 17 dan 18 November lalu. Seramai 300 murid Tingkatan 3 bukan sekadar duduk mendengar kuliah, sebaliknya mereka bergerak dari satu stesen ke stesen lain untuk menyertai kuiz dan permainan pendidikan.

3d06f5b6 8c34 4e21 a486 912db84a9c57

Pengalaman itu dibawa menerusi Program DPLI Outreach ‘Dari Kampus ke Komuniti’ anjuran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menerusi DPLI Innovation Station Challenge, murid mencuba sendiri bahan bantu mengajar interaktif yang dibangunkan mengikut bidang pengkhususan bakal guru terbabit.

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS, Prof. Madya Dr. Soon Singh Bikar, berkata inisiatif itu memberi ruang kepada pelajar DPLI menghubungkan teori di universiti dengan situasi sebenar di sekolah.

“Pengalaman berdepan situasi sebenar amat penting dalam membentuk kreativiti dan kemahiran pedagogi bakal guru,” katanya.

Pengarah Program, Dillon Dunstan Paul E Lonjuman, berkata pendekatan hands-on itu membuktikan pembelajaran tidak seharusnya terhad kepada buku teks semata-mata.

Beliau menggalakkan murid agar berani mencuba, tidak malu bertanya dan sentiasa meneroka ilmu pengetahuan.

Majlis penutupan program itu turut dihadiri Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Michael Jumin. Ia juga menyaksikan perkongsian bahan inovasi pendidikan oleh pelajar UMS kepada pihak sekolah untuk kegunaan pengajaran berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal