Syabu 58.06 gram, wanita warga asing ditahan di Pulau Sebatik

IMG 20261114 WA0014

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

TAWAU: Seorang wanita warga asing berusia 30-an ditahan polis selepas disyaki memiliki 58.60 gram dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pisak-Pisak, Pulau Sebatik, semalam.

Serbuan itu dilakukan anggota Balai Polis Bergosong susulan maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata pemeriksaan di kediaman suspek menemukan 25 tiub plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki syabu.

Menurutnya, bahan terlarang itu ditemukan di dalam sebuah beg berzip yang disimpan dalam botol plastik lutsinar di bilik suspek, dengan anggaran berat keseluruhan 58.60 gram.

Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Seterusnya, dia diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal