Operasi Esscom di Kunak catat rampasan RM269,439.26

44f214f2 0c72 42f9 ab0a a9d25008bc34

KUNAK: 30 Oktober 2026 — Usaha memperkukuh keselamatan penduduk pesisir Kunak dan pengguna laut terus diperkukuh menerusi Operasi Gasak Laut dan Operasi Bersepadu Esscom yang merekodkan rampasan bernilai RM269,439.26, melibatkan 202 pegawai dan anggota mewakili 19 jabatan dan agensi, 28 Oktober lalu

JTK Sabah merekodkan kompaun tertinggi RM170,000 untuk lima kesalahan di bawah Ordinan Buruh Sabah selepas memeriksa 10 premis. KWSP menjalankan siasatan lanjut dengan anggaran penalti maksimum RM50,000, manakala JKDM merampas rokok tidak bercukai bernilai RM30,939.26.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan enam individu di bawah Akta Imigresen 1959/63. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) merampas sembilan enjin bot pam, sebuah bot dan enjin sangkut bernilai RM10,000. Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) merampas kabel elektrik curi seberat tujuh kilogram bernilai RM3,000. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Majlis Daerah Kunak turut mengeluarkan kompaun.

Komander Esscom, DCP Datuk Victor B. Sanjos, mengingatkan bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan untuk memperkukuh keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone), selaras hasrat “Tiada Hari Tanpa Operasi”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal