Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
KOTA KINABALU: 19 Oktober 2026 – Dua beranak maut selepas kereta Toyota Avanza dinaiki mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin Mat Husain berkata kejadian berlaku ketika pemandu lori treler berusia 49 tahun sedang memunggah kontena ke atas treler, manakala kereta mangsa melalui lorong kanan.
Menurutnya, kontena itu tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum terjatuh lalu menghempap kereta berkenaan, menyebabkan lelaki berusia 53 tahun bersama anak perempuannya berusia 24 tahun tersepit.
Katanya, pihak bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa pada jam 9.55 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Likas pada jam 9.58 malam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: IPD Kota Kinabalu

