Peminjam PTPTN bergaji bawah RM2,500 diberi penangguhan bayaran balik

WhatsApp Image 2026 10 10 at 1.05.13 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUALA LUMPUR: 10 Oktober 2026 – Kerajaan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan mulai 2027, memanfaatkan kira-kira 400,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu bertujuan meringankan beban kewangan graduan yang belum mampu membayar balik pinjaman pendidikan.

“Maknanya, kalau pendapatan seseorang itu belum cecah RM2,500 sebulan, dia belum dikehendaki membayar apa-apa kepada PTPTN,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima bertemakan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau berkata, peminjam berpendapatan lebih tinggi hanya perlu membayar RM50 sebulan, mengikut ketetapan kerajaan.

“Saya percaya tidak akan jadi isu kerana dia belum mampu, dia tak perlu bayar. Dia mampu, dia bayar hanya RM50 sebulan,” katanya.

Kerajaan turut bersetuju memberi diskaun 10 peratus untuk peminjam tanpa tunggakan yang membayar balik secara teratur.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi pelepasan cukai untuk majikan yang membayar balik pinjaman PTPTN pekerja.

Insentif berkenaan meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal