Wanita ditahan, sembilan tong gas dirampas di Kalabakan

53baadad 9652 4c13 95e5 ee5ee1d0bb7f

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 2 Oktober 2026 – Seorang wanita tempatan berusia kira-kira 61 tahun ditahan polis dalam operasi di Kampung Mangga, Kalabakan, semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes ceroboh sebuah stor kedai, dengan sembilan tong gas turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, operasi tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan susulan maklumat berkaitan diterima

Polis menemukan dan merampas sembilan tong gas dan membawa suspek ke balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah dan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal