Geran khas interim Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion

1119b1c8 b087 4d49 b283 d15c6499d58a

KUCHING: 17 September 2026 – Kerajaan Persekutuan menaikkan Geran Khas Interim Sarawak kepada RM1.5 bilion untuk tahun ini. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkannya pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching.

“Dalam interim untuk Sarawak, saya umumkan RM1.5 bilion. Kerajaan Persekutuan akan terus berunding dengan Sabah dan Sarawak untuk memuktamadkan formula bagi menentukan jumlah Geran Khas tahunan,” katanya ketika Sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak semalam.

Jelasnya, keputusan itu dibuat dalam semangat persahabatan walaupun kedudukan kewangan Sarawak kukuh.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan juga menaikkan Geran Khas Sabah secara berperingkat dari RM300 juta ke RM1.5 bilion secara interim. Tahun lalu, Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM600 juta. Mei lalu, Anwar mengumumkan Geran Khas Sabah naik dari RM600 juta ke RM1.5 bilion.

Pemberian ini sementara sehingga tuntutan Sabah mengenai 40 peratus hasil cukai bersih Sabah yang dipungut oleh Persekutuan diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal