Hadiah lumayan jadi umpan, akaun mangsa jadi sasaran

scammer

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KENINGAU: 15 September 2026 – Mesej SMS atau WhatsApp yang mendakwa seseorang memenangi hadiah lumayan mungkin kelihatan meyakinkan, namun ia boleh menjadi perangkap scammer.

Modus operandi bermula apabila mangsa menerima mesej kononnya memenangi peraduan sebelum diarahkan menekan pautan untuk membuat tuntutan hadiah.

Mangsa kemudian diminta membayar caj tertentu atas alasan proses, insurans atau cukai. Mereka turut diminta mengisi maklumat peribadi atau perbankan melalui pautan berkenaan.

Tindakan itu boleh membuka ruang kepada scammer mengawal akaun sebelum wang dikeluarkan tanpa disedari.

Orang ramai disaran mengamalkan konsep 3S iaitu Soal, Sekat, Sebar.

Soal kesahihan maklumat melalui talian rasmi syarikat. Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi atau perbankan, selain elakkan pautan mencurigakan.

Sebar maklumat modus operandi scammer kepada penguat kuasa atau orang terdekat.

Jika menjadi mangsa, hubungi hotline bank, NSRC di talian 997, kemudian buat laporan polis.

Ingat, hadiah sebenar tidak memerlukan sebarang bayaran.

Sumber: Polis Daerah Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal