Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
PENAMPANG: 1 September 2026 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun selepas merampas 31 paket plastik mengandungi serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 1,060.39 gram dalam operasi di sekitar daerah ini.
Suspek ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam di sebuah premis hiburan. Saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine, methamphetamine bersama THC.
Siasatan susulan tangkapan membawa kepada penemuan sebuah beg di lokasi berasingan. Pemeriksaan menemukan 31 paket plastik berisi serbuk disyaki dadah berkenaan dengan nilai rampasan dianggarkan RM20,150.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama Seksyen 15(1)(a) akta sama. Suspek kini direman untuk membantu siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy bin Newton berkata, IPD Penampang komited mempergiat operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti pengedaran penyalahgunaan dadah demi menjamin keselamatan kesejahteraan masyarakat.
Sumber: Polis Daerah Penampang

