PPM W4 Sabah rampas rokok seludup RM601,400 di Tawau

3a1a6cc4 7c95 4909 a5a6 b13f758740a7

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 26 Ogos 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas rokok disyaki tidak bercukai, dua bot fiber dan dua enjin bot bernilai keseluruhan RM601,400 dalam serbuan di Jeti Kampung Sri Aman, Batu 3, Tawau, kira-kira jam 2.20 pagi, Isnin lalu.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan pemantauan selepas pasukan mengesan aktiviti mencurigakan yang dipercayai berkaitan penyeludupan rokok dari negara jiran.

Rampasan membabitkan 250,000 batang rokok putih jenama Premium International bernilai RM375,000 dan 48,000 batang rokok kretek jenama Menara Dunia bernilai RM86,400.

4fb0f647 65b5 41cd b33e 1900a70b58dd

Individu dipercayai terlibat melarikan diri dengan terjun ke laut ketika serbuan dijalankan, namun usaha mengesan mereka tidak dapat diteruskan berikutan keadaan persekitaran yang gelap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 55 kes di bawah Akta Kastam 1967 dengan nilai rampasan keseluruhan RM7,337,542.61 dan 39 individu ditahan.

Komander PPM W4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pihaknya akan terus memperhebat risikan, rondaan dan operasi penguatkuasaan di lokasi yang dikenal pasti sebagai laluan kegiatan penyeludupan.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal