Oleh: Nurul Fazliana Norman
KOTA BHARU: 18 Ogos 2026 – Pasukan badminton lelaki Kolej Vokasional (KV) Zon Sabah/Labuan muncul juara SUKOV Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 15 Ogos di Kota Bharu, Kelantan, selepas menewaskan Zon Selangor/Kuala Lumpur 3-2 pada aksi final.
Kejayaan itu diraih selepas pasukan yang dibarisi tujuh pemain dari KV Keningau, KV Kudat dan KV Lahad Datu mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan dari peringkat awal hingga final.
Pasukan Sabah/Labuan menewaskan Kedah/Perlis 4-1, Pulau Pinang 5-0, Terengganu 4-1, Selangor/Kuala Lumpur 3-2, Perak 4-1 dan Melaka/Negeri Sembilan 3-0 sebelum sekali lagi menewaskan Selangor/Kuala Lumpur pada aksi final.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian ini, lagi-lagi KV Keningau, selaku tuan rumah SUKOV peringkat zon dan juara badminton Zon Sabah/Labuan,” kata Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang.
Beliau berkata KV Keningau menjadi pusat latihan atlet untuk beberapa kejohanan termasuk pertandingan badminton.
Sementara itu, pasukan badminton wanita Zon Sabah/Labuan memenangi kategori Bowl, manakala Zon Sabah/Labuan muncul johan keseluruhan SUKOV Kebangsaan selepas memenangi lima acara yang dipertandingkan.

