4,026 usahawan wanita Sabah terima manfaat JHEWA

WhatsApp Image 2026 08 09 at 1.06.15 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 9 Ogos 2026 — Seramai 4,026 usahawan wanita di Sabah menerima manfaat pelbagai program keusahawanan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) sejak 2022. Program berkenaan merangkumi latihan, bantuan geran peralatan, promosi dan pemasaran.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki berkata, pencapaian itu menunjukkan impak positif usaha memperkasakan ekonomi wanita di negeri ini.

WhatsApp Image 2026 08 09 at 1.06.17 PM 1

“Usaha ini perlu diteruskan agar lebih ramai wanita bukan sahaja mampu memulakan perniagaan, tetapi juga berkembang dari perusahaan kecil kepada perniagaan yang lebih berdaya saing,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan usahawan wanita memerlukan kerjasama kerajaan, jabatan dan agensi, institusi kewangan, sektor swasta serta rakan strategik. Matlamatnya adalah menyediakan lebih banyak peluang kepada wanita Sabah.

WhatsApp Image 2026 08 09 at 1.06.17 PM 2

“Kita perlu memastikan lebih ramai wanita mempunyai akses kepada ilmu, sumber, teknologi dan pasaran agar mereka mampu bersaing dalam ekonomi yang semakin mencabar.

“Apabila wanita diperkasa dari aspek ekonomi, mereka bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kehidupan sendiri, malah turut menyumbang kepada keluarga, komuniti dan pembangunan negeri Sabah,” jelasnya.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran platform Biz Bloom, penjenamaan semula program keusahawanan JHEWA untuk memperkukuh pemerkasaan usahawan wanita di Sabah.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal