PDRM perkukuh keselamatan penerbangan negara menerusi AVSEC

WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.41.51 AM

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KUALA LUMPUR: 6 Ogos 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan penambahbaikan segera kawalan keselamatan penerbangan negara melalui penglibatan anggota polis dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Ismail menegaskan komitmen PDRM untuk menjayakan pelaksanaan langkah tersebut. Pasukan polis kini bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan memperincikan mekanisme pelaksanaan merangkumi skop penugasan, lokasi penempatan, keperluan sumber manusia, bidang tanggungjawab dan penyelarasan operasi.

Penglibatan PDRM dalam ekosistem keselamatan penerbangan akan memperkukuh keupayaan perkongsian risikan, pengesanan awal ancaman dan penyelarasan penguatkuasaan. Tindakan segera dapat diambil terhadap sebarang kegiatan jenayah yang cuba mengeksploitasi kemudahan penerbangan.

Langkah ini mewujudkan sistem keselamatan penerbangan lebih menyeluruh dan berlapis melalui pengukuhan kawalan akses, prosedur saringan, pemeriksaan keselamatan, penilaian risiko dan kerjasama strategik antara agensi.

Menurut Mohd Khalid, kawalan keselamatan lebih ketat, bersepadu dan berasaskan risiko mampu mengurangkan potensi ancaman serta menutup ruang eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan penerbangan dan keselamatan pintu keluar masuk negara akan terus diberikan keutamaan. Sebarang cubaan menggunakan industri penerbangan sebagai saluran kegiatan jenayah tidak akan dikompromi,” tegasnya.

PDRM menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama dengan semua kementerian dan agensi penguat kuasa untuk memastikan tahap keselamatan penerbangan negara sentiasa terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal