Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
LAHAD DATU: 5 Ogos 2026 – Tindakan seorang pekerja stesen minyak menyalahgunakan nombor MyKad pelanggan untuk menikmati subsidi BUDI MADANI Diesel membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu, hari ini.
Kes itu terbongkar selepas seorang pelanggan membuat laporan polis apabila mendapati nombor MyKadnya disalahgunakan untuk empat transaksi pembelian diesel bersubsidi BUDI MADANI melibatkan 43.01 liter tanpa pengetahuannya.
Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menahan dua lelaki dan seorang wanita yang bekerja di sebuah stesen minyak untuk membantu siasatan.
Siasatan mendapati suspek menghafal atau mencatat nombor MyKad pelanggan sebelum menggunakan kata laluan penyelia untuk memasukkan nombor berkenaan ke dalam sistem BUDI MADANI tanpa memerlukan kad fizikal.
Suspek utama mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, manakala dua lagi individu dijadikan saksi pendakwaan.
Gambar Ilustrasi
Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

