Jalan pintas Durok Keningau 30% siap, Jeffrey tinjau sendiri

Jeffrey Jalan Keningau

oleh David E.

KENINGAU: 4 Ogos 2026 – Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Keningau Relief Road di Durok untuk melihat sendiri kemajuan pembinaan jalan alternatif bernilai RM36 juta itu kelmarin.

Projek yang mula dibina pada 21 April 2025 itu kini mencapai kemajuan fizikal sekitar 30 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Julai 2028.

Jalan sepanjang 3.84 kilometer yang menghubungkan Jalan Durok hingga ke Tuarid Taud ini bakal menjadi nadi penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas yang sekian lama membelenggu penduduk Bandar Keningau.

“Saya mahu melihat sendiri sejauh mana kemajuan projek ini kerana ia mempunyai kepentingan langsung kepada pergerakan harian dan kesejahteraan rakyat,” kata Jeffrey ketika ditemui selepas lawatan.

Terdahulu pada 16 Julai lalu, beliau telah membangkitkan isu kesesakan Bandar Keningau di Kamar Khas Parlimen dan mendesak agar jalan alternatif dan pembinaan jambatan kedua diberi perhatian sewajarnya.

Jeffrey Jambatan Sg Liawan

Lawatan itu turut melibatkan tapak projek Jambatan Sungai Liawan di Jalan Luagan yang dilaporkan mencapai kemajuan 95.6 peratus dan disasarkan siap pada Ogos 2026.

Jeffrey Jalan Pintas

Jeffrey turut menggesa agar Durok Bypass, Jalan Beriawa dengan penaiktarafan jalan Nukakatan dan Kumawanan diberi perhatian untuk memudahkan aktiviti ekonomi dan pertanian masyarakat pedalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal